Sunday, November 8, 2009
Ukuran Kecemerlangan
yang dapat jawab dengan laju tu, sebab, dapat spot question. yang tak ada spot question, tak dapat jawab dengan baik.
yang dapat jawab dengan baik tu, mestilah dapat gred tinggi, kan. yang tak dapat jawab dengan baik, gred rendah.
jadi, apa sebenarnya ukuran kecemerlangan? kalau semua pensyarah bagi spot question, semua orang dapat gred tinggi, dan masa tu semua orang dapat dean list. tapi, kalau tak?
jadi sebenarnya, apa nilai kecemerlangan seorang mahasiswa? bila kita dengar budak tu dapat 4.00, waaaa.. semua kagum.. bila ada subjek yang dapat A+, waa~ bangga... apa makna A+ kalau soalan tu semua soalan spot..
macam mana pula kalau soalan tu susah-susah ke~ next sem pulak, soalan untuk subjek tu, senang-senang... apakah nilai kecemerlangan mahasiswa?
apakah perlu satu gred untuk generic skill seseorang? perkara itu sesuatu yang subjektif untuk dinilai...
maka, janganlah kita apabila mendengar orang dapat 4.00, jangan terus terlalu kagum tak semena-mena~ sebabnya, heh, itu hanyalah sekadar atas kertas, okay. soalan exam boleh berubah-ubah. adakah dengan dapat A, kita boleh terus kata seseorang mahasiswa tu benar-benar mahir dalam subjek tu? mana tahu, dia dapat A sebab spot question je ke? ataupun, memang soalan-soalan tu dia dah mahir, kebetulan kena pada topik yang dia mahir... haaa~
fikir-fikirkan~!
Nadia Fitri Mohamad Havez
Naib Presiden Aktiviti
MPP UTM 0809
[Baca keseluruhan Entri]
Saturday, September 12, 2009
Laporan ringkas Mesyuarat Kebajikan Universiti Sem 1 2009/2010
Sebelum mesyuarat mula membincangkan isu kebajikan, Pengerusi mesyuarat telah memaklumkan beberapa perkembangan yang berlaku dalam universiti. Antaranya ialah :
1. Pada 19 Oktober 2009, akan diadakan Majlis Penerimaan Anugerah Merdeka 2009 yang diadakan di Dewan Filharmonik PETORNAS. Seramai 4 orang mahasiswa telah terpilih untuk mengikuti acara yang berprestij itu.
2. Rumah Tamu (U9 Kolej Perdana) telah dinaik taraf menjadi Scholar Inn iaitu sebanyak 40 buah unit. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah setiap bilik akan diberi nama tokoh-tokoh intelektual seperti Ibnu Sina, Imam Ghazali, Einstien dan lain-lain dan dalam bilik-bilik tersebut akan diletakkan karya-karya tokoh berkenaan termasuk buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan tokoh tersebut.
3. Perlantikan jawatan baru di kolej kediaman telah diumumkan. Antara jawatan yang diwujudkan untuk membantu penyuburan budaya ilmu ialah Honorary Fellow yang terdiri dari tokoh perniagaan berjaya seperti Tan Sri Ali Hashim, Distinguish Academic Fellow yang terdiri dari Professor-professor terpilih. Jawatan Academic Fellow juga diwujudkan, yang melibatkan pensyarah-pensyarah dari fakulti yang menjadi tumpuan di kolej tersebut.
4. Penubuhan Jawatankuasa Tetap Senat Pembangunan Mahasiswa untuk menyokong gagasan Pelan Transformasi Pembangunan Mahasiswa. MPMUTM akan menghantar Presiden MPMUTM untuk mewakili suara mahasiswa dalam jawatankuasa tersebut.
5. Kementerian Pengajian Tinggi telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada UTM untuk menganjurkan International Boat Race. Program ini akan dilaksanakan di Tasik Putrajaya pada 5 hingga 11 Oktober 2009.
Dalam mesyuarat tersebut, antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah :
1. Penyediaan Internet (CICT)
- Sistem wireless di seluruh kampus telah dinaiktaraf kepada 135Mbps.
- Fokus penggunaan sistem internet kampus telah diprioritaskan kepada urusan akademik semasa waktu bekerja (working hours : 8am – 5pm) manakala selain waktu bekerja, kolej kediaman akan menjadi keutamaan.
- Pemasangan AP di bangunan KWSP KTHO telah siap dan boleh digunakan oleh 600 pengguna. Proses pemasangan di bangunan KWSP KTR dan KTHO masih dalam proses dan dijangka siap dalam tempoh 1-2 bulan.
- Untuk keseluruhan kampus, CICT sedang dalam pelaksanaan fasa ke-3 (pertengahan). Sebanyak 130 unit Access Point (AP) sedang dalam proses pemasangan di kawasan tumpuan (critical area) dan dianggarkan setelah pemasangan siap sepenuhnya, seluruh kampus akan mempunyai 300 unit AP.
- CICT sedang menunggu perolehan 500 unit AP tambahan (perancangan fasa ke-3) untuk dipasang secara menyeluruh di kampus UTM. Pada akhir tahun 2009, kampus UTM dijangka mempunyai 800 unit AP untuk kemudahan mahasiswa.
- CICT memaklumkan supaya mahasiswa membuat laporan di pejabat kolej masing-masing jika ada kerosakan.
2. Kaunter HEP di SUB
- Kaunter perkhidmatan Pejabat HEP akan dipindahkan ke Bangunan SUB kerana pihak universiti akan mengambil ruang pejabat yang sedia ada.
- SUB akan dinaiktarafkan menjadi pusat aktiviti mahasiswa sepenuhnya, dengan penyediaan ruang pejabat, bilik seminar MPM, bilik gerakan, bilik mesyuarat MPM dan lain-lain.
3. Penglibatan Pelajar dalam Jawatankuasa Penilaian Makanan.
- Pengarah Pusat Kesihatan UTM memaklumkan penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa ini adalah melalui Pejabat HEP, iaitu dalam bidang kepuasan pelanggan. Wakil MPMUTM akan menganggotai jawatankuasa ini.
- Saudara Azim, Exco JKPA memohon supaya Jawatankuasa ini dimantapkan lagi agar pihak universiti lebih cakna tentang isu makanan di kampus.
4. Masalah bas semasa cuti.
- Mahasiswa antarabangsa mengalami masalah pengangkutan semasa kampus bercuti terutama yang melibatkan kolej lingkaran luar.
- En. Mohairin, pegawai HEP yang mengurus kemudahan pengangkutan kampus memaklumkan perkhidmatan bas akan disediakan seperti biasa secara percuma, tetapi pusingan bas ditetapkan hanya setiap 1 jam.
- Presiden MPMUTM memaklumkan hasil soal selidik, 68.12% mahasiswa berpuas hati dengan perkhidmatan bas UTM.
5. Perkhidmatan Reverse Osmosis (RO) Water
- Di KRP, KTC, KTHO, K9, KTGB dan KTDI, perkhidmatan ini telah disediakan. Dan universiti melalui PHB akan menambah mesin RO Water sebanyak 3 unit setiap tahun untuk ditempatkan di kolej-kolej lain.
- Pengetua KTDI mencadangkan supaya proses penyelenggaraan (maintenance) dilakukan setiap 3 bulan selepas perkara ini dibangkitkan oleh Exco JKPA.
6. Laluan pintas dari Pejabat KTHO ke Bangunan FKA (M47)
- Projek ini telah diluluskan pada Oktober 2008, namun ditangguhkan atas sebab kekurangan bajet. PHB berjanji untuk melaksanakan pada September 2009, namun tetap tidak dilaksanakan.
- PHB berjanji untuk memasukkan dalam bajet 2010. Pengerusi mesyuarat menegaskan supaya projek ini tidak ditangguhkan lagi demi menjaga kebajikan mahasiswa.
7. Kad Matrik bercip.
- Projek ini hanya melibatkan mahasiswa Tahun 1 09/10 dan untuk kemasukan seterusnya. Pelaksanaan fasa pertama bermula Julai 2009 dan akan siap pada Disember 2009.
- Antara perancangan untuk penggunaan masa depan adalah door access, mobile attendance (permulaan hanya melibatkan satu fakulti sahaja – belum dipilih), mobile security, parking dan saman mahasiswa.
- Exco JKPA telah memohon supaya aplikasi ini diperluaskan kepada seluruh mahasiswa, tetapi telah dimaklumkan oleh CICT bahawa universiti tiada perancangan tetang perkara tersebut.
8. Kemudahan Dewan Serbaguna KDOJ
- PHB memaklumkan akan memasukkan ke dalam Bajet 2010. Tetapi Pengetua KRP telah membangkitkan supaya universiti menggunakan Bajet yang telah diluluskan oleh HEP untuk membina dewan tersebut. Ini kerana mahasiswa KDOJ tidak mempunyai kemudahan tersebut dan membantutkan pembangunan sukan mahasiswa.
9. Cadangan projek pembangunan oleh MPMUTM
- Antara yang dicadangkan oleh MPMUTM berdasarkan soal selidik daridapa mahasiswa ialah tempat letak motosikal berbumbung (SUB), bumbung dan pemegang besi tangga gelanggang futsal (KRP & KTC), tempat letak kenderaan, penutup longkang, ampaian berbumbung, dan lain-lain.
- PHB memaklumkan perkara-perkara tersebut akan dimasukkan ke dalam perancangan Bajet 2010. Walaubagaimanapun, proses pelaksanaan bergantung kepada kelulusan bajet dan prioritas kepada projek-projek yang lebih penting.
10. Wang pendahuluan aktiviti pelajar
- Perkara ini telah dibangkitkan oleh MPMUTM dan mendapat perhatian ahli mesyuarat terutama dari Pengetua KP.
- Presiden MPM mencadangkan supaya tabung sementara di Pejabat HEP berjumlah RM50,000 dinaikkan kepada RM200,000 untuk menggalakkan dan memudahkan mahasiswa melaksanakan program.
Dalam pembentangan laporan isu kebajikan mahasiswa, Presiden MPMUTM telah mencadangkan kepada universiti untuk melaksanakan proses pembersihan sungai-sungai (terutama sungai belakang Arked Cengal) dalam kampus UTM dengan menggunakan teknologi terkini. Tambahan pula, Naib Canselor UTM Prof Dato` Ir Dr Zaini Ujang merupakan seorang pakar dalam teknologi alam sekitar (termasuk penekanan tentang environment sustainability) termasuk rawatan air. Ia juga selari dengan semangat penubuhan dan falsafah UTM untuk melihat penggunaan teknologi semakin meluar dalam Negara. Ia harus dimulai dalam kampus UTM sendri.
Presiden MPMUTM juga, melalui perbincangan bersama Exco MPMUTM yang lain telah mencadangkan supaya, untuk perancangan jangka panjang, UTM perlu menukarkan sistem perpaipan kepada sistem terkini (nanoteknologi), yang mampu menyediakan air bersih tanpa jangkitan bacteria pada air. Pengguna di kampus tidak perlu merebus air tersebut terlebih dahulu, sebaliknya boleh terus meminumnya dari paip air.
MPMUTM juga turut membawa isu pewartaan kawasan larangan membonceng bukan muhrim dalam kampus. Sebelum ini, kempen UTM Say No To Bonceng yang dianjurkan oleh PMIUTM mendapat perhatian warga kampus.
Di akhir mesyuarat, Presiden MPMUTM telah memohon kepada ahli mesyuarat supaya menghantar individu yang berautoriti dari setiap unit atau jabatan supaya Mesyuarat Kebajikan Universiti menjadi lebih efektif. Pengerusi mesyuarat turut mengiayakan permohonan tersebut kerana Jawatankuasa ini sepatutnya dipengerusikan oleh Naib Canselor sendiri tetapi telah diperturunkan kuasa kepada beliau. Jadi, unit atau jabatan berkenaan perlu menghantar pengarah atau ketua jabatan, atau individu yang boleh membuat keputusan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Pengerusi mesyuarat memaklumkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut akan diambil perhatian oleh Pejabat HEP melalui jawatankuasa-jawatankuasa tertentu.
MOHD HAFIZUL HILMI BIN MOHD NOOR
Exco Jabatan Kebajikan dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
Dari blog HafizHilmi [Baca keseluruhan Entri]
Tuesday, September 1, 2009
Pendidikan Tinggi, Malaysia di Depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pelajar tempatan turut menikmati pendidikan berkualiti dengan kos paling minimum hanya lima peratus.
Kata beliau, apa yang diingini kerajaan ketika ini adalah mahu memastikan universiti-universiti terus membangun bukan sahaja dari segi prasarana malah lebih utama lagi modal intelektual pelajar.
"Kita inginkan peratus ini (39 peratus) terus meningkat dari segi bilangan dan kualiti pelajar yang mendapat pendidikan tinggi.
"Demikian juga mana ada negara yang dapat buat dasar mengenakan kos pentadbiran universiti hanya lima peratus secara purata yang dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Oleh itu, marilah kita (pelajar) membina negara berasaskan konsep 1Malaysia di mana kita mencapai satu impian, satu bangsa dan satu negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Naib-naib Canselor dan pelajar dari 18 buah universiti di seluruh negara di Sri Satria di sini malam ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam hubungan ini, Najib mengingatkan pelajar agar jangan semata-mata berada di menara gading kerana mengikuti pengajian tetapi yang lebih bermakna adalah membentuk karektor diri secara dalaman.
"Ini semua kerana kita mempunyai jiwa yang suci dan idealisme perjuangan untuk memajukan negara.
"Inilah tarbiah pendidikan yang paling bermakna khususnya kepada pelakunya (pelajar) untuk mengemudikan negara kelak.
"Dan dari segi kerajaan, kita akan terus membantu untuk meningkatkan pendidikan rendah, tinggi dan universiti," katanya.
Perdana Menteri turut menarik perhatian pelajar bahawa kejayaan rakyat tidak bermakna negara akan terus terjamin dalam menguruskan kejayaan tersebut.
"Terlalu banyak contoh negara yang berjaya tetapi kemudian hancur lebur kerana gagal menguruskan kejayaan.
"Marilah kita renung perkara ini supaya latihan jasmani kita dapat menyucikan jiwa dan seterusnya membentuk pemikiran yang cergas. Ini semua merupakan ramuan untuk menjamin kemerdekaan negara terus dipertahankan dan seterusnya kita akan menjadi saf hadapan negara membangun," katanya.
Pada majlis itu, Najib dan Rosmah masing-masing menyampaikan sumbangan berupa sejadah dan buku mengenai kepimpinan kepada 18 wakil pelajar universiti dan duit raya kepada 50 anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah, Kajang.
Berdasarkan sambutan kehadiran pelajar universiti ke majlis berbuka puasa itu, Perdana Menteri turut bersetuju supaya ia dijadikan acara tahunan setiap Ramadan.
Sunday, August 30, 2009
Tahun Ke-52 Kita Merdeka

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Salam Kemerdekaan..
Sukacita saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 kepada semua warga UTM.
Dalam tempoh 52 tahun ini, telah banyak nikmat dan anugerah Ilahi yang 'wajib' kita syukuri sebagai seorang hamba Allah. Sama-sama kita syukuri nikmat Iman dan Islam, mensyukuri nikmat bebas dan merdeka, nikmat kesenangan dan kebahagiaan, nikmat keamanan dan kedamaian.
Saidina Umar R.A pernah terdengar doa daripada seorang lelaki ketika sedang bertawaf di kaabah. Suatu doa yang meminta sesuatu yang sangat berlainan daripada kebiasaan yang beliau dengari. Iaitu, "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".
Saidina Umar menunggu sehingga lelaki tersebut selesai beribadat dan segera bertanya akan doa yang dipanjatkan tadi. Saidina Umar r.a ditanya kembali, "Adakah tuan mengkaji Al-Quran?". "Ya, bahkan". "Oleh itu tuan patut mengetahui bahawa Al-Quran ada menyatakan bahawa betapa sedikit golongan yang bersyukur. Maka aku berdoa agar dimasukkan dalam golongan tersebut."
Sebagai perkongsian kita, sejauhmanakah kita mensyukuri nikmat hidup merdeka selama ini dan sambutan ulang tahunnya juga berada dalam bulan Ramadan yang mulia. Adakah kita bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam? Bersyukur serta meredhai Islam sebagai agama dan pegangan kita..?
Sempena beradanya kita dalam bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bermuhasabah kembali isi hati, iman serta ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Jadikan Islam sebagai panduan hidup yang sebenar. Kekalkan momentum Iman dan keinsafan diri yang kita perolehi sepanjang Ramadan ini. Sama-sama kita beristiqamah dengan transformasi Iman yang dicapai untuk menggapai mardhatillah (keredhaan Allah).
Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Salam Kemerdekaan..
Muhammad Zaki bin Omar
Naib Presiden (Fakulti)
MPPUTM 2008/2009
013-7011828
mzakio.blogspot.com
Thursday, August 20, 2009
Naib Canselor, Proffesor FS antara 4 Penerima Anugerah Merdeka
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang diumumkan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka 2009.
Beliau menerima anugerah berprestij itu bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik berikutan sumbangannya dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemuliharaan sungai dan ekologi industri.
Zaini, 44, merupakan penerima pertama kategori berkenaan selepas tahun lalu tiada tokoh yang memenuhi kriteria jawatankuasa pemilihan.
Senarai penerima Anugerah Merdeka 2009 diumumkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican di sini hari ini.
Seorang Pensyarah Jabatan Kimia UTM, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53, turut menerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Ia mengiktiraf kejayaan Halimaton menghasilkan ‘Maerogel’ iaitu sejenis ‘aerogel’ daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.
Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak serta pencemaran udara dan dijadikan panel kalis bom.
Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pula dimenangi secara bersama oleh dua tokoh wanita iaitu Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Ghan.
Fatimah, 85, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet dan tokoh pejuang hak wanita.
kudos: Utusan
lihat juga: Zaini Ujang penerima termuda Anugerah Merdeka 2009 - Bharian
dan UTM.MY
~~~~~~~~~~~~~~
Kami MPPUTM mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini bin Ujang dan Prof. Dr. Halimaton Hamdan atas kejayaan kalian berdua. Kami mahasiswa UTM amat berbangga dan berbesar hati mempunyai tenaga pengajar seperti kalian. Segala jasa,kejayaan kalian akan menjadi inspirasi kami, sesuai dengan tagline UTM "Menjana Minda Kreatif dan Inovatif"
-JPM MPPUTM
Monday, August 10, 2009
Khidmat Masyarakat : Membantu Yang Memerlukan..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Hari ini saya menerima panggilan telefon daripada seorang penjawat awam. Beliau memaklumkan tentang aktiviti gotong royong yang akan dilakukan di sebuah sekolah kanak-kanak istimewa di Taman Tun Aminah.

Beliau ada menanyakan jika ada mahasiswa berminat untuk turun membantu melakukan aktiviti khidmat masyarakat. Iaitu membantu sekolah tersebut dalam aktiviti gotong-royongnya. Saya tidak dapat menjanjikan perkara tersebut melainkan akan menyampaikannya kepada mahasiswa.
Jika penglibatan MPP diperlukan, saya juga tidak dapat menjanjikan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi MPP sedang berhadapan dengan 5 program utama yang perlu digerakkan.
Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada mahasiswa, persatuan dan kolej yang masih belum melakukan aktiviti khidmat masyarakat, tetapi berminat. Anda boleh menghubungi saya, Zaki 013-7011828 atau terus kepada Encik Nazri 012-7158610 jika berhasrat untuk menyumbang sedikit khidmat bakti kepada murid-murid sekolah di sana.
Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Muhammad Zaki bin Omar
Naib Presiden (Fakulti)
MPPUTM 2008/2009
013-7011828
mzakio.blogspot.com
[Baca keseluruhan Entri]
Sunday, August 9, 2009
Tawaran Untuk Anda..!
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Satu petang yang redup saya ter'terima' satu sms. 'Excuse Me Boss.. You Have A Text Message'. Owh..tq my henset.
Sms yang dihantar berbunyi..
Tawaran Menjadi Host di Astro Oasis di bawah kendalian Ust Zulkarnain.

Antara syaratnya ialah:
Lelaki
23 tahun ke atas
Ada pengetahuan agama
Pandai berbahasa Melayu dan Inggeris
Petah berbicara
Boleh guna peralatan IT
Ada 'rupa'
6 rancangan semuanya di dalam dan luar negara..
Macam mana anda sekalian? Berminat? Oleh kerana saya tidak dapat memberi komitmen untuk program ini, maka saya buka tawaran kepada yang berminat.
Boleh hubungi saya dan saya akan hubungkan anda dengan rakan saya tersebut. Saya tidak diberikan limit masa tapi jangan ambil masa yang panjang kepada yang berminat. Masa semakin mencemburui kita..
Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Muhammad Zaki bin Omar
Naib Presiden (Fakulti)
MPPUTM 2008/2009
013-7011828
mzakio.blogspot.com
[Baca keseluruhan Entri]



